Lately ni, hati saya kadang-kadang seakan sayu sedikit. Tak tahu kenapa sometime terkenang kepada kenangan lama. Adakala agak kronik sedikit sehingga saya menangis dalam diam. Cheh! Selalunya, bila kenangan macam gini datang menerjah, selalunya saya akan beristighfar banyak-banyak, minta dikuatkan hati oleh Allah SWT. Apology kerana blog kali ini di dalam bahasa melayu. Jiwa kacau nih :)
Hati saya tak tenang, sebab selalu terkenang-kenang. Kawan kawan cakap, biasalah tu. Saya kena kuat, terus go on and lupakan kisah silam. Lupakan dia. Ingat balik apa yang dia dah buat pada saya, dan apa yang saya sudah buat pada dia. Sama-sama salah. Dan kerana itu, Tuhan tidak mengizinkan kami bersama. Sepuluh tahun bercinta tidak semestinya berakhir dengan jodoh. Dengan itu, saya akur. Saya panjatkan doa banyak-banyak kepada Tuhan, cekalkan hati saya. Buang dia dari hidup saya. Saya menjauhkan diri dari dia, saya tanam perasaan benci sebanyak yang boleh.. tapi, saya hanya manusia biasa yang lemah zahir dan batinnya. Di malam hari, saya berduka.. Dan keadaan ini telah berterusan semenjak kami tidak lagi bersama tetapi saya ego, dia pun ego. Dia lelaki yang terbaik buat saya, tetapi saya tersepit dengan trauma dan kebencian yang meluap-luap terhadapnya. Betul kata orang-orang lama, yang paling dibenci itulah akan kita sayang.. yang akan kita cari tetapi, saya akur dengan kemahuan Allah SWT. Noktah perhubungan kita sudah berakhir lamanya.
Umm my malay post sucks. :(